Kes Jong-nam: Empat Dalang Pulang Ke Pyongyang

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Empat suspek lelaki warga Korea Utara dalam kes bunuh Kim Jong-nam telah meninggalkan negara pada 13 Februari lalu, hari sama kejadian membabitkan abang tiri pemimpin tertinggi negara itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim enggan mendedahkan lokasi dituju keempat-empat suspek terlibat.

Sementara itu, sumber memberitahu The Star, dalang utama kes berkenaan terbang ke Jakarta sebelum ke Dubai dan melalui Vladivostok sebelum tiba di Pyongyang.

"Mereka menggunakan laluan jauh untuk elak dikesan pihak berkuasa," kata sumber Bukit Aman.

Empat suspek berkenaan dikenalpasti sebagai Ri Ji Hyon, Hong Song Hac, O Jong Gil dan Ri Jae Nam.

1. Rhi Ji Hyon, 33, tiba di Malaysia pada 4 Februari 2017

2.  Hong Song Hac, 34, tiba pada 31 Januari 2017

3. O Jong Gil, 55, tiba pada 7 Februari 2017

4. Ri Jae Nam, 57, tiba pada 1 Februari 2017



Sementara itu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga, Noor Rashid turut mendedahkan tiga lagi wajah suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Seorang daripada mereka ialah Ri Ji U, manakala dua lagi masih dalam siasatan.

Noor Rashid juga berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Interpol bagi mendapatkan maklumat berkaitan pergerakan semua suspek terlibat dalam kes berkenaan.

Jong-nam meninggal dunia selepas diserang dua wanita di KLIA2 dipercayai dengan memercik cecair beracun ke mukanya. 

Setakat ini, empat suspek telah ditahan polis termasuk dua wanita yang menyerangnya iaitu seorang rakyat Vietnam dan Indonesia,  seorang lelaki warga tempatan dan seorang warga Korea Utara yang dikatakan pakar kimia.


Tags / Kata Kunci: Bukit Aman , Jong-nam , KLIA2

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan