Pembunuhan Jong-nam: Warga Korea Utara Tutup Mulut

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 3:15 PM

Restoran Korea Utara di Jalan Kamuning, Imbi tidak menerima pelanggan sejak kematian Jong-nam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Restoran Korea Utara di Jalan Kamuning, Imbi di sini tidak lagi menerima pelanggan sejak berita pembunuhan Kim Jong-nam tersebar.

Malahan, pengawal keselamatan yang bertugas tidak membenarkan pelanggan memasuki premis itu.

Pyongyang Koryo sering dikunjungi kira-kira 1,000 komuniti Korea Utara di negara ini, sekali gus menjadikan ia perniagaan elit.

Pelayan di restoran itu turut mengenakan pakaian tradisional, manakala pelanggan turut dipersembahkan dengan nyanyian dan tarian tradisi Korea Utara.

"Saya pernah lihat wanita dihantar dan kemudian diambil di kawasan premis itu, mereka tidak pernah bercakap dengan sesiapa.

"Saya cuba lihat dari belakang premis itu, tetapi pintunya ditutup dengan kain," kata Jack Liew yang mengusahakan bengkel kereta di lorong belakang restoran berkenaan kepada AFP.

Penduduk di kawasan itu juga berkata, mereka melihat pekerja Korea Utara di situ tetapi tidak pernah bercakap dengan mereka sambil menggambarkan pelayan di situ "sangat cantik".

Pengerusi Majlis Penasihat Penyatuan Nasional Seoul cawangan Malaysia, Alex Hwang berkata, golongan elit Korea Utara maklum berhubung pembunuhan itu, bagaimanapun tetapi tidak mahu memperbesar-besarkan perkara itu.

Hwang mengusahakan restoran di ibu negara yang popular di kalangan kenamaan Korea Utara, termasuk Jong-nam.

"Kebanyakan mereka memakai jam Rolex, memandu kereta  mewah, anak-anak ke sekolah dan mempunyai peralatan teknologi terkini, mereka seperti ahli perniagaan lain," katanya.

Kata Hwang lagi, setiap keluarga Korea Utara yang menetap di luar negara akan melapor diri ke pejabat kedutaan setiap bulan.


Tags / Kata Kunci: Pyongyang Koryo , Alex Hwang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan