Pelajar Terkandas Ketika Daki Gunung Baling Tidak Melalui Saluran Universiti

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 8:52 PM

Gunung Baling.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terkandas di puncak Gunung Baling, Kedah pada Sabtu melakukan aktiviti tersebut atas inisiatif mereka sendiri tanpa melalui saluran universiti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Mohd Foad Sakdan berkata seharusnya para pelajar yang ingin menjalankan aktiviti lasak atau mendaki gunung perlu mendapat pengawasan daripada pihak yang bertauliah untuk tujuan keselamatan.

"Setiap aktiviti lasak yang ingin dianjurkan perlu melalui saluran universiti, perlu ada penunjuk arah dan mematuhi langkah-langkah keselamatan lainnya termasuk mempersiapkan insurans aktiviti berkelompok yang kebiasaannya menjadi amalan universiti.

"UniMAP senantiasa akan membantu menyelaras aktiviti pelajar termasuk aktiviti lasak dan pendakian melalui kelab dan persatuan yang ada di UniMAP bagi mengatasi risiko kejadian tidak diingini," katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam kejadian semalam, difahamkan sekumpulan pelajar UniMAP yang mendaki gunung itu kira-kira 5 pagi, terkandas di puncak Gunung Baling, Kedah, selepas seorang daripada mereka tergelincir dan mengalami kecederaan.

Kemudian mereka menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan, susulan kecederaan yang dialami Nor Atirah Mohamad, 23, yang terseliuh kaki kiri.

UniMAP melalui Persatuan Alumninya sememangnya aktif menganjurkan aktiviti pendakian gunung dengan yang terbaru Ekspedisi Gunung Kerinci di Sumatera, Indonesia pada 25 hingga 29 Januari lalu selain menawan Puncak Kinabalu pada Mei tahun lalu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: UniMAP , Gunung Baling

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan