Lelaki Korea Utara Yang Ditahan Adalah Pakar Kimia

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 9:08 AM

Suspek keempat, Ri Jong-Chol dikawal ketat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. 
Suspek direman tujuh hari bermula Sabtu.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suspek keempat yang ditangkap atas kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un mempunyai kepakaran dalam bidang kimia.

Ri Jong-Chol, dari Pyongyang lulus dalam bidang sains dan perubatan dari sebuah universiti di Korea Utara pada tahun 2000.

Kira-kira 10 tahun kemudian dia telah terlibat dalam penyelidikan di Kolkata, India, sehingga 2011.

Sumber berkata, Jong-Chol kemudian kembali ke Pyongyang sebelum dia mendapat tawaran daripada sebuah syarikat IT yang berpangkalan di Malaysia.



"Ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa dia turut terlibat dengan penggunaan cecair beracun yang digunakan untuk membunuh Jong-nam, oleh itu siasatan masih dijalankan.

"Dia juga sedang disoal mengenai lokasi tiga lagi individu lain yang masih bebas," kata sumber berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.50 malam. Jumaat.

Berdasarkan penemuan kad pengenalan Korea Utara (i-Kad), suspek dikenal pasti sebagai Ri Jong Chol, dilahirkan pada 6 Mei 1970 dan merupakan warganegara Korea Utara.

Suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama pada Jumaat.

Dengan penahanan suspek itu, polis kini memburu tiga lagi individu dipercayai dalang utama kes pembunuhan Jong-nam.

Sebelum ini polis menahan dua suspek wanita masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, selepas dipercayai terbabit dalam pembunuhan Jong-nam, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Isnin lalu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan