Kerajaan Johor Sokong Cadangan Pinda Akta 355

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 8:44 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan Johor pada Ahad menyatakan sokongan terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 kerana melihat perkara tersebut perlu dalam memastikan jenayah berkaitan masyarakat Islam dapat dibendung.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata Akta 355 tidak akan mempengaruhi masyarakat bukan Islam dan mereka tidak perlu takut berhubung pelaksanaan akta terbabit.

"Perkara ini tidak menyentuh hak orang bukan Islam, jadi kenapa hendak takut? Kita hendak jaga maslahat umat Islam, kita hendak jaga agama Allah kerana kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita dan Akta 355 itu langsung tidak ada kaitan dengan hukum hudud.

"Ia lebih kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri bersandarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Jadi, yang sedia ada ini yang kami hendak tambah baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Teknologi Pengurusan Patuh Syariah di Politeknik Metro Johor Bahru, di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan 355 yang diadakan di ibu negara, semalam, dengan tujuan memberi penerangan kepada umat Islam mengenai cadangan pindaan terhadap akta berkenaan.

Pada 24 November lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Abd Mutalip berkata pindaan berkenaan perlu dilaksanakan berikutan peningkatan kes jenayah yang semakin membimbangkan dalam kalangan umat Islam.

"Kalau kita lihat, undang-undang enakmen jenayah syariah sedia ada tidak langsung membawa keinsafan kepada pelaku jenayah, sebab itu judi berleluasa, minum arak, maksiat dan sebagainya kian menjadi-jadi dalam kalangan orang Islam.

"Islam itu agama Allah dan untuk menjaga kesucian agama Allah, perkara ini (pindaan) perlu dilaksanakan bagi menghalang perkara tidak sihat ini daripada terus berlaku," katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan bertindak zalim sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat bukan Islam dalam mengambil kira kesan pelaksanaan Akta 355 di dalam negara kelak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kerajaan Johor , pindaan Akta 355

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan