Jakel Diiktiraf Jenama Antarabangsa Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 10:01 AM

Datuk Mohamed Faroz (tiga dari kiri) menerima anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik 2016 dan Pemimpin Berwawasan 2016 yang disampaikan oleh Ahli Parlimen United Kingdom, Stephen Timms.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat tekstil gergasi terkemuka negara, Kumpulan Jakel telah mengharumkan nama Malaysia apabila diiktiraf sebagai Jenama Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Pemimpin Perniagaan Timur Tengah Ke-7 2016 yang berlangsung di London, pada Jumaat.

Majlis anugerah itu turut menyaksikan pengiktirafan berganda buat syarikat berkenaan apabila Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel dinobatkan sebagai Pemimpin Berwawasan 2016.

Majlis anugerah dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Kepimpinan Amerika (Alda), dengan kerjasama Dewan Persekutuan Majlis Kerjasama Teluk (FGCCC).

Penganjuran kali ketujuh ini menyaksikan 30 anugerah diberikan kepada pemimpin berwawasan secara individu mahupun syarikat yang mencetuskan kesan berpengaruh dalam perniagaan dan pasaran global.

Penerima anugerah dipilih dari lebih 10 negara di Asia, Eropah dan rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Pencapaian itu menyaksikan usaha Mohamed Faroz melaksanakan pelan induk secara efektif dalam pertumbuhan di samping memaksimumkan pembangunan berpotensi buat Kumpulan Jakel.

Jakel yang ditubuhkan pada 1983 kini mempunyai 21 cawangan di seluruh negara.

Ia kini merancang untuk membangunkan dua lagi gedung Jakel Mall di kawasan segitiga emas di Kuala Lumpur.

Kumpulan Jakel turut menempa beberapa kejayaan berprestij seperti Malaysia Book of Records, Persekutuan Peruncit dan Francaisi Asean, HR Asia dan Yayasan Jenama Terbaik Dunia.

Jakel Mall sebelum ini mendapat pengiktirafan sebagai Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia oleh Yayasan Jenama Terbaik dalam majlis anugerah di peringkat dunia.


Tags / Kata Kunci: Jakel , London

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan