Pakar: Bahan Kimia Mungkin Racun Baharu

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cecair kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam mungkin bahan baharu dan ia tidak mudah dikesan, kata seorang pakar toksikologi.

Beliau berkata, bahan kimia yang boleh membunuh dengan cepat selepas disembur pada muka mungkin adalah gas berasaskan klorin atau sianida.

Dalam pembunuhan politik, pelaku tidak mungkin menggunakan bahan ini kerana mereka mungkin mempunyai bahan kimia toksik yang lebih berkesan.

Jika racun disembur pada muka, bahan berkenaan mungkin dalam bentuk wap dan kimia itu boleh membunuh dengan lebih cepat, kata pakar toksikologi yang tidak mahu namanya disiarkan itu.

Dalam kes-kes penggunaan racun sianida, warna kulit akan menjadi gelap akibat fungsi pernafasan tersumbat dan ahli patologi forensik akan dapat mengenal pasti dengan mudah, katanya.

Beliau berkata, bahan kimia yang boleh dimasukkan dalam kanister, ampul atau bekas aerosol.

Jika bahan itu diletakkan dalam ampul, pembunuh itu akan membukanya dalam sapu tangan dan menekap ke hidung mangsa.

"Tetapi, saya tidak fikir pelaku akan menggunakan bahan kimia sama kerana mereka mungkin mempunyai bahan kimia yang lebih baik dan berkesan yang dihasilkan khusus untuk tujuan ini.

"Saya mengesyaki ia mungkin kimia baru.

"Mereka juga boleh mencampurkan banyak bahan kimia dan ia sukar untuk dikenalpasti.

"Kita tidak boleh membuat spekulasi kerana peluang untuk menemuinya dengan betul adalah satu dalam sejuta," katanya.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai kemungkinan berkenaan kecuali sampel itu dihantar kepadanya untuk dianalisis.

Pada Khamis lalu, Jabatan Kimia menerima beberapa sampel untuk dianalisis daripada pihak polis berhubung siasatan kes pembunuhan Jong-nam.

Selain daripada Jabatan Kimia, makmal toksikologi di Fakulti Perubatan di Universiti Malaya juga mampu menguji bahan kimia walaupun dalam jumlah yang kecil, katanya.

Sementara itu seorang ahli kimia yang enggan namanya disiarkan berkata, jika bahan kimia yang sedang dianalisis adalah sesuatu yang biasa, ia biasanya akan mengambil masa beberapa hari.

Namun jelas beliau, jika ia bukan salah satu bahan yang boleh diuji oleh kaedah yang ada di sini, ia mungkin mengambil masa yang lama.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Kim Jong-nam , Kim Jong-Un

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan