Wartawan Kelahiran Lundu Pulang Mengundi

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 11:47 AM

Safri menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari mengundi PRK Tanjong Datu di Sekolah Kebangsaan Bumiputera Lundu pada Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Wartawan 'Rakan Sarawak' buletin terbitan kerajaan negeri, Safri Ali Othman, 42, tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawabnya mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu sejak berusia 21 tahun lagi.

Beliau yang berasal dari Kampung Sileng Melayu, Lundu pada Sabtu sekali lagi pulang ke kampung halamannya demi melaksanakan tanggungjawab memilih calon baru kawasannya.

"Saya tinggal di Kuching, jadi kesempatan bercuti hari ini diambil untuk pulang tunaikan tanggungjawab mengundi.

"Harapan saya semoga undi saya hari ini dapat beri sesuatu kepada kawasan Tanjong Datu. Semoga calon yang dipilih dapat membawa pembangunan ke Tanjong Datu khususnya ke Lundu," katanya yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Bumiputera di sini.

Beliau berkata, walaupun cuaca hari ini hujan tapi tidak lebat masih sesuai buat pengundi untuk keluar mengundi.

"Apapun, yang pasti saya rasa lega dapat tunai tanggungjawab untuk kawasan kelahiran hari ini," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: wartawan , pulang mengundi , PRK Tanjong Datu

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan