Rangkuman Laporan Himpunan RUU355

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 7:40 PM

Para peserta Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran PAS mula berkumpul di Masjid Negara sebelum berarak bagi menyertai Perhimpunan RUU 355 di Padang Merbok pada 18 Februari 2017.

(Ubah saiz teks)

LAPORAN lintas langsung perkembangan semasa Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur:

11.30 malam : Himpunan RUU355 berakhir secara rasmi tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dan kesemua peserta mula bersurai dari Padang Merbok.

10.50 malam : Himpunan RUU355 semakin hampir ke kemuncaknya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan.

10.45 malam : Giliran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri menyampaikan ucapan.

10.30 malam : Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyampaikan ucapan kepada peserta.


10.15 malam : Bacaan ikrar sokongan terhadap pindaan akta dipimpin Pengarah Himpunan RUU355, Nasrudin Hassan Tantawi

10.10 malam : Lagu rasmi RUU355 yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Soutul Amal bergema di Padang Merbok.


10.00 malam : Pelakon Mustafa Kamal hadir ke pentas utama. Beliau sempat bersalam dengan tetamu kehormat di pentas.

9.55 malam : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba. Ketibaannya disambut dengan laungan Allahuakbar oleh peserta himpunan.

9.50 malam : Tayangan video sokongan penyanyi Faizal Tahir terhadap Himpunan RUU 355 dari Masjid Nabawi.


9.20 malam : Pengerusi majlis mengumumkan kehadiran penyanyi popular Jamal Abdillah (bertopi) dan turut kelihatan anggota kumpulan pelawak Senario.


9.10 malam : Pengerusi Sekretariat Himpunan RUU355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan.


9.05 malam : Solat Isyak selesai. Program diteruskan. Pengerusi majlis sempat mengumumkan jumlah kehadiran peserta himpunan seramai 300,000 orang.


9.01 malam: Datuk Seri Jamil Khir bersalam dengan peserta sebelum beredar meninggalkan Padang Merbok.



8.45 malam : Hujan sudah berhenti dan peserta bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak.


8.30 malam : Program Himpunan RUU355 dihentikan bagi memberi laluan kepada solat Isyak dan kelibat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum kelihatan.

8.13 malam : Datuk Seri Jamil Khir selesai menyampaikan ucapan berhubung Rang Undang-Undang 355.

7.50 malam : Datuk Seri Jamil Khir mula menyampaikan tazkirah sebagai pengisian program Himpunan RUU355.


7.45 malam : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tiba di pentas utama ditemani timbalannya, Datuk Dr Ashraf Wajdi


7.40 malam : Hujan semakin lebat tetapi perhimpunan tetap diteruskan dan tiada peserta berganjak selepas menunaikan solat.


7.35 malam : Peserta Himpunan RUU355 menunaikan solat Maghrib secara berjemaah walaupun dibasahi akibat hujan renyai.

Dua remaja saling membantu mengambil wuduk menggunakan air daripada botol sebelum bersolat ketika menyertai Himpunan Rang Undang-Undang RUU355 di Padang Merbok. - BERNAMA

7.28 malam : Hujan rintik tidak melemahkan semangat peserta Himpunan RUU355 yang bersedia untuk menunaikan solat Maghrib.

6.59 petang : Padang Merbok bergema dengan alunan selawat dan qasidah daripada peserta sementara menunggu masuk waktu solat Maghrib dan program akan bersambung selepas solat.


6.46 : Ayahanda Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Himpunan RUU355.

6.00 petang : Suasana Padang Merbok ketika ini yang diibaratkan seperti lautan ungu.


5.40 petang : Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus berlangsung ketika ini.

5.15 petang : Himpunan bersambung dengan peserta disajikan program tazkirah oleh Ustaz Ahmad Dasuki.


4.45 petang : Program ditangguhkan sementara bagi memberi laluan untuk solat Asar diadadakan secara berjemaah.


4.40 petang : Timbalan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan ucapan sebelum mengakhiri program di pentas utama


4.15 petang : Pidato 'berapi' oleh wakil persatuan bukan kerajaan, Alif Ba Ta, Srikandi Mahsyur membakar semangat peserta.

4.10 petang : Ketibaan isteri Allahyarham Nik Aziz, Datin Sabariah Tuan Ishak di Padang Merbok untuk menyertai himpunan.


3.45 petang : Semakin ramai peserta tiba di Padang Merbok untuk menyertai Himpunan RUU355.

Kumpulan nasyid Nowseeheart membuat persembahan.

3.40 petang : Persembahan nasyid oleh kumpulan Nowseeheart

3.38 petang : Penunjuk perasaan yang hadir membantah Pindaan RUU355 di Taman Jaya mula berhimpun.

3.32 petang : Pengacara majlis mengumumkan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Hamid Albar ke Himpunan RUU355

3.30 petang : Seorang lagi wakil bukan Islam, Sivan dari Persatuan Penceramah Bukan Islam BN memberi penerangan ringkas tentang RUU355 di pentas

3.23 petang : Peserta Himpunan RUU355 tiba di Padang Merbok

3.14 petang : Sekumpulan penunjuk perasaan membantah Pindaan RUU355 di Taman Jaya


2.55 petang : Pidato oleh Balasubramaniam dari Persatuan Hindu Pahang

2.40 petang : Acara di pentas bermula dengan persembahan nasyid


2.35 petang : Pengacara majlis memulakan program di pentas utama. Peserta mula mengambil tempat berhampiran pentas

Tags / Kata Kunci: RUU355

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan