Semua Mayat Tragedi Basikal Dituntut Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 6:34 PM

Anggota keluarga terdekat menatap buat kali terakhir jenazah Muhammad Firdauz Danish M.Azahar,16, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada 18 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Mayat kesemua lapan remaja yang terkorban dalam kemalangan ketika berbasikal di sini awal Sabtu, telah dituntut oleh keluarga masing-masing.

Tinjauan di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) -- tempat kesemua mayat dibedah siasat -- mendapati mayat pertama Mohamad Azhar Amir, 16, dituntut pada pukul 1.27 tengah hari.

Jasad Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14, pula dituntut pada pukul 1.35 tengah hari, disusuli Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14, (2 petang); Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, (2.15 petang) dan Muhammad Firdauz Danish M.Azahar, 16, (2.30 petang).

Menurut laporan agensi berita Bernama, jenazah tiga lagi remaja iaitu Fauzan Halmijah, 13; Haizad Kasrin, 14, dan Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, dituntut antara pukul 3.50 petang dan 4.50 petang.

Menurut anggota-anggota keluarga terlibat, jenazah Mohamad Azhar, Muhammad Firdauz Danish dan Muhammad Harith Iskandar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh manakala Mohammad Azrie Danish Zulkefli dan Muhamad Shahrul Izzwan pula di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, Tampoi.

Jenazah Fauzan pula akan disemadikan di Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram; Muhammad Shahrul Nizam Maruddin di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa dan Haizad Kasrin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong.

Kemalangan pada pukul 3 pagi itu berlaku ketika lapan remaja berkenaan bersama sekumpulan remaja sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai sehingga menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata tindakan mereka itu menyebabkan sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita berusia 22 tahun dari Taman Pelangi tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan remaja berkenaan.

Kejadian turut mengakibatkan lima lagi remaja patah kaki, dua tidak stabil berikutan pendarahan di dalam otak dan seorang pula luka di kepala.

Kesemua mereka kini dirawat di HSA.

Tags / Kata Kunci: Tragedi Basikal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan