Korea Utara Perlu Patuh Undang-Undang Malaysia - Subra

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 2:17 PM

subramaniam
(Ubah saiz teks)

SERDANG: Korea Utara perlu mematuhi peruntukan undang-undang Malaysia berhubung proses bedah siasat di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Kabinet pada Rabu memutuskan bahawa proses forensik terhadap mayat Kim Jong-nam, perlu diteruskan kerana kematian abang kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un itu, berlaku di Malaysia.

"Korea Utara boleh menolak atau menunjukkan mereka tidak bersetuju. Tetapi, kami bertindak mengikut undang-undang kami. Ada sesuatu yang berlaku di negara kami. Kami tidak melakukannya mengikut undang-undang mereka.

"Sekiranya ada pembunuhan atau kematian (berlaku) di negara kami, ada proses yang kami perlu penuhi. Bagi kami, tidak ada jalan pintas dalam kajian forensik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Sukan Antara Varsiti 2017 di sini Sabtu.

Dr Subramaniam mengulas kenyataan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol semalam yang menuduh Malaysia sengaja menolak tuntutan negara itu terhadap mayat Jong-nam, yang proses forensiknya selesai dilakukan pada Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tuduhan Korea Utara bahawa Malaysia sengaja melewat-lewatkan proses mengeluarkan dan menghantar pulang mayat Jong-nam.

Ditanya sama ada perkara itu boleh menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara, Dr Subramaniam berkata perkara berkaitan hubungan antara Malaysia-Korea Utara terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Luar.

Menjawab soalan mengenai hasil bedah siasat terhadap mayat Jong-nam, beliau berkata: "Kami akan mengeluarkannya apabila siap sepenuhnya dan berharap dapat berbuat demikian dalam minggu ini. Kami sedang menunggu laporan toksikologi, ujian penting dalam membuat pengesahan.

"Sebaik saja selesai, hasilnya akan diserah kepada polis dengan secepat mungkin dan terserahlah kepada polis untuk mengeluarkannya. Kami mahu pastikan keputusannya adalah tepat sebelum mengeluarkannya".

Pada Jumaat, Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata keutamaan menuntut mayat berkenaan diberi kepada anggota keluarga terdekat bagi memudahkan urusan mengesahkan identiti.

Bagaimanapun, setakat ini, hanya kedutaan Korea Utara di sini yang tampil untuk menuntut mayat itu.

Pada Isnin, Jong-nam, yang namanya dicatat sebagai Kim Chol dalam pasportnya, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengadu tidak sihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , bedah siasat

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan