PRK Tanjung Datu: BN Kekal Kemenangan Besar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 7:57 PM

Peserta seminar Keusahawan dan Kepenggunaan membaca sebuah akhbar politik yang memaparkan calon pilihan rakyat dari Barisan Nasional Datuk Amar Jamilah Anu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.03 Tanjung Datu. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu pada Sabtu apabila calon dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Puan Sri Datuk Jamilah Anu menang dengan majoriti yang lebih besar ke atas dua lawannya dari parti tempatan Sarawak.

Berdasarkan keputusan rasmi, Jamilah Anu memperoleh majoriti 6,573 undian, sekali gus menewaskan Rapelson Richard Hamid dari Tindakan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru yang meraih 130 undi dan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Johnny Aput (108).

Kemenangan Jamilah itu juga menepati ramalan terhadap kemampuan beliau menyambung legasi yang ditinggalkan arwah suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Lebih membanggakan, Jamilah memperoleh undian melebihi arwah suaminya yang sebelum ini meraih 6,360 undian.

Malah majoriti undian juga meningkat dengan menunjukkan Jamilah meraih 6,443 undian berbanding Adenan Satem (5,892).

Menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Ray (SPR), jumlah pengundian adalah sebanyak 6,871 atau 69.2 peratus daripada 9,959 jumlah pengundi berdaftar.

Sebanyak 80 undian diisytiharkan sebagai undi rosak dalam pilihan raya tersebut.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima,  Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lepas, di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

Tags / Kata Kunci: Tanjung Datu , Jamilah Anu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan