JPJ Tetap Berkuasa Di Jalan Kampung

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan mereka boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan ketika berada di jalan luar bandar yang telah diwartakan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dakwaan kononnya jalan luar bandar seperti jalan-jalan kampung tidak boleh diambil tindakan adalah tidak betul kerana ada sebahagian jalan tersebut telah diwartakan dan pihaknya boleh mengutkuasakan undang-undang sedia ada.

"Ada sesetengah masyarakat beranggapan jalan-jalan kampung dikecualikan daripada tindakan JPJ termasuk disaman, tetapi anggapan itu silap kerana  jalan yang digazetkan JPJ boleh mengambil tindakan di bawah Akta 333 Pengangkutan Jalan 1987.

"Contohnya traktor kalau nak bawa dalam bendang tidak apalah tapi bila dia naik atas jalan raya dia kena ada lesen kelas 'F' kerana kemalangan tidak dijangka dan sebab itu kami galakkan supaya masyarakat mempunyai lesen ketika berada di atas jalan raya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program 'Jom Bersama Mu JPJ' di Sekolah Kebangsaan Tualang di sini, Sabtu.

Wan Ahmad Uzir berkata jalan yang digazetkan kerajaan adalah jalan yang diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kemudahan garisan sisi di kedua hala dan tengah serta dilengkapi papan tanda jalan.

"Kalau jalan kampung yang tidak bergaris dan dibuat oleh kontraktor kecil itu tidak mengapa, apa yang kita tekankan di sini, jalan-jalan yang elok,  yang ada garisan dan diselenggara oleh JKR walaupun di luar bandar.

"Berikutan itu, JPJ akan terus menjelaskan kepada masyarakat melalui program yang diatur agar mereka tidak lagi keliru dengan jalan yang di bawah pengawasan pihak JPJ sehingga mereka disaman," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu, Wan Ahmad Uzir berkata, JPJ sedia membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mereka yang uzur untuk proses penukaran hak milik kenderaan bagi mengelak ditipu oleh sindiket kenderaan klon.

"Kami akan membawa alat ke rumahnya untuk mendapatkan cap jari, dengan cara ini kes-kes penipuan oleh pihak lain boleh dielakkan dan lebih telus.

"Selain itu, anak-anak atau waris perlu faham, jika berlaku kematian tindakan awal telah kita ambil dan memudahkan hal-hal berkaitan harta pusaka," katanya.

Program dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu mendapat sambutan iaitu lebih 1,000 orang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma dan diskaun saman tertunggak sehingga 50 peratus.

Tags / Kata Kunci: Wan Ahmad Uzir Wan , JPJ

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan