RUU355: Jamil Khir Sampaikan Salam PM, TPM

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menepati janjinya apabila hadir ke Himpunan RUU 355.

Jamil Khir dilihat di pentas utama di Padang Merbok pada pukul 7.45 petang ketika hujan renyai, bersama timbalannya Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Beliau yang memakai baju warna ungu sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan ini telah disambut baik oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Tidak lama kemudian beliau tampil di hadapan pentas untuk menyampaikan tazkirah khas.

Jamil Khir memulakan ucapannya dengan menyampaikan salam daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada semua peserta himpunan.

"Sebelum bertolak ke sini saya berjumpa perdana menteri walaupun pada Rabu lepas beliau sudah izinkan saya wakilkan semua untuk sama-sama mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

"Sebelum bertolak perdana menteri dan timbalan perdana menteri minta saya sampaikan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada tuan-tuan dan puan-puan," katanya kepada seluruh peserta himpunan.

Jamil Khir dalam ucapannya berkata pindaan akta pada kali ini telah mencetuskan satu polemik yang panjang, berbeza dengan pindaan yang pernah dibuat pada tahun 1984.

"Jika tahun 1984 tak ada masalah di Parlimen, sesama masyarakat atau siapa-siapa kenapa pada 2016 untuk buat pindaan sampai terpaksa adakan perhimpunan macam ni.

"Kenapa terlalu sukar, orang Islam tak ambil mana-mana hal orang lain pun," katanya.

Beliau berkata umat Islam tidak harus melihat perkara ini dari kaca mata politik, sebaliknya melihatnya dari kaca mata umat Islam untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

"Timbul pelbagai persoalan contohnya ini adalah pintu belakang hudud atau sebahagian daripada hudud sedangkan kita amat faham ini berkaitan hal bersabit qazaf, murtad, arak dan zina yang telah sedia ada," katanya.

Tags / Kata Kunci: RUU355 , Jamil Khir , Najib Razak , Zahid Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan