Ibu Azmin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 7:21 AM

Azmin memohon restu daripada Che Tom di kediaman ibunya di Kampung Klang Gate Baru, pada September 2014. foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Che Tom Yahaya meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara pada pukul 2.14 pagi Sabtu.

Che Tom menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 82 tahun.

Sebelum ini, Che Tom dirawat di pusat perubatan swasta berkenaan selepas diserang angin ahmar pada 10 Oktober lalu.

Namun, keadaan Che Tom dilaporkan kritikal selepas beliau sekali lagi diserang angin ahmar pada minggu lalu.

Setiausaha Politik kepada Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei, berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi pengurusan dan solat jenazah.

"Jenazah kemudian akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Klang dan dijangka tiba pada pukul 9 pagi ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate.

"Didoakan semoga Allahyarhamah Bonda Che Tom dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat, " katanya.

Tags / Kata Kunci: Che Tom , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan