Tragedi Basikal: Keluarga Sering Larang Mangsa

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Keluarga Haizad Kasrin, salah seorang daripada lapan remaja lelaki berbasikal yang maut di rempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini awal pagi tadi, telah beberapa kali melarang remaja itu daripada terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Kakak mangsa, Aspalilah Kasrin, berkata ibu mereka, Jamilah Sulaiman, 54, tidak sukakan adiknya itu bermain berbasikal di bandar raya kerana terlalu bahaya.

"Haizad juga sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga," katanya kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Aspalilah berkata Haizad, 16, merupakan anak kelapan daripada sembilan adik beradik mula berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal sejak tahun lepas selepas melihat penglibatan rakan-rakan sekolahnya.

Arwah juga disifatkan anak yang sangat rapat dengan ibunya sejak ayah mereka, Kasrin Sukemi meninggal dunia akibat sakit tua pada Julai 2015.

"Semalam, saya baru cakap dengan emak, hendak balik ke rumah keluarga di Plentong (Pasir Gudang) kerana mahukan dia (mangsa) memperbaiki motosikal anak saya tetapi belum apa-apa, sudah jadi begini," katanya.

Jenazah Haizad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong, selepas waktu Asar.

Sementara itu, Nurul Ain M Azahar, kakak kepada seorang lagi mangsa berkata adiknya Muhammad Firdauz Danish, sepatutnya mendaftar masuk ke asrama Kolej Antarabangsa E-Access, Kulai, Isnin ini, bagi mengikuti jurusan latihan automatif.

"Sebelum ini, arwah, 16, pernah bercakap dengan keluarga bahawa dia tidak akan lama di rumah kerana selepas ini tiada tetapi kami mengganggap ia hanya biasa-biasa sebab dia memang hendak masuk asrama, tidak tahu pula dia betul-betul hendak pergi," katanya.

Menceritakan perwatakan adiknya, Nurul Ain berkata arwah meminati aktiviti berbasikal sejak berada di Tingkatan Satu dan seringkali bermain di kawasan Taman Damai Jaya, di sini.

Dia juga merupakan seorang peramah dan tidak suka bersendirian.

"Semalam, dia keluar dari rumah kira-kira pukul 10 malam dan ada memberitahu hendak berbasikal. 

"Dia berpesan supaya ibu mengunci sahaja pintu utama rumah sebab mungkin dia tidak balik ke rumah pada malam itu.

Namun, sekitar pukul 3 pagi, kami menerima panggilan daripada kawan-kawannya, memberitahu arwah terlibat dengan kemalangan," katanya.

Jenazah Muhammad Firdauz Danish dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini selepas waktu Asar.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tragedi Basikal

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan