Pembunuhan Kim Jong-nam: Identiti Teman Lelaki Suspek Wanita Kedua Dikenalpasti

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 1:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Teman lelaki kepada wanita kedua yang ditahan awal pagi Khamis untuk membantu siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam telah dikenal pasti sebagai Muhammad Farid Jalaluddin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia 26 tahun itu yang dipercayai bekerja sendiri, ditahan pada petang Rabu.

"Dia ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata lelaki berkenaan bukanlah suspek utama namun penahanannya adalah bagi membantu siasatan polis.

“Maklumat yang diberikannya berjaya membawa kepada penahanan wanita kedua itu," katanya.

Wanita itu yang ditangkap di pada pukul 2 pagi telah menggunakan pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah yang berasal dari Serang, Indonesia.

Polis berkata, dia telah dikenal pasti dari rakaman CCTV di lapangan terbang.

Dia bersendirian ketika penangkapan dilakukan.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Siti Aishah , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan