PAS Jamin Himpunan RUU 355 Lancar, Aman - Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari inimemberi jaminan Himpunan RUU 355 esok di Padang Merbok, Kuala Lumpur akan berjalan lancar dan aman.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga telah berjanji akan melakukan yang terbaik bagi memastikan aspek keselamatan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

"Himpunan ini juga mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa keselamatan, jadi apa sahaja tindakan provokasi yang cuba dicetuskan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab akan diambil tindakan oleh pasukan keselamatan.

"Saya harap penyokong PAS juga dapat hadir dengan aman dan tenang agar matlamat kita tercapai bagi menyokong pindaan Akta 355 bagi tujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah di dalam sistem perundangan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, Jumaat.

Abdul Hadi berkata lebih 200,000 orang dijangka hadir ke himpunan itu termasuk masyarakat bukan Islam.

"Kita jemput semua hadir... kita umum secara terbuka untuk sama-sama menzahirkan sokongan untuk memperkasakan Islam dan pada masa sama memberi kebebasan kepada bukan Islam mengamalkan kepercayaan mereka.

"Setakat ini, saya sahkan ada wakil kerajaan yang akan hadir," katanya.

Perhimpunan tersebut bertujuan memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Program itu dijangka bermula seawal 2.30 petang dan berakhir 11 malam dengan beberapa aktiviti seperti soal jawab agama oleh penceramah terkenal dan ucapan oleh wakil-wakil NGO yang hadir, wakil kerajaan dan oleh Abdul Hadi.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Himpunan RUU 355 , Hadi , Padang Merbok

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan