MH179 Berpatah Balik Kerana Alami Masalah Teknikal - MAS

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 5:22 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH179 yang dalam perjalanan ke Colombo telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal.

Malaysia Airlines berkata, pesawat itu yang berlepas dari KLIA pada 10.10 malam Khamis, terpaksa berpatah balik apabila unit kuasa sokongan (APU) tidak boleh dihidupkan. 

"Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini pada 1.50 pagi hari ini," katanya dalam kenyataan.

APU ialah unit kuasa sokongan yang perlu dihidupkan apabila pesawat terbang melintasi kawasan perairan.

Malaysia Airlines berkata, berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike bagi penyelengaraan landasan berjadual,  penjadualan semula penerbangan dengan segera tidak dapat dilakukan dan sehubungan itu penumpang telah ditempatkan di hotel-hotel berdekatan.

Katanya, penerbangan itu kini beroperasi sebagai MH179D dan berlepas dari KLIA pada 3:30 petang dan tiba di Colombo pada 4:35 petang (waktu tempatan), Jumaat.

Malaysia Airlines berkata, penerbangan balik MH178D dijadual berlepas dari Colombo pada 5:10 petang (waktu tempatan) pada hari sama dan tiba di Kuala Lumpur pada 11:20 malam.

"Keselamatan menjadi keutamaan nombor satu Malaysia Airlines pada setiap masa," katanya.

Syarikat penerbangan itu memohon maaf kepada semua tetamunya atas gangguan terhadap jadual perjalanan mereka itu. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan