Keluarga Kim Jong-nam Di Macau Dilindungi Polis

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 7:00 PM

Pasukan polis dekat Ocean Garden di Taipa di Macau pada 15 Februari lalu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MACAU: Keluarga Kim Jong-nam akan diletakkan di bawah perlindungan polis di Macau berikutan kebimbangan terhadap keselamatan mereka susulan pembunuhan Jong-nam di Malaysia pada Isnin lalu, menurut sumber yang mengesahkan perkara itu.

Siasatan berhubung kematian abang kepada pemimpin Korea Utara itu sedang berjalan.

Kedua-dua keluarga dan pihak berkuasa tempatan kini berdepan dengan kesan akibat pembunuhan yang berlaku.

Setiausaha keselamatan Macau, Wong Sio Chak dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak mahu mendedahkan sebarang butiran mengenai kes atau langkah-langkah keselamatan diambil bagi melindungi keluarga Jong-nam.

Beliau berkata, pihak berkuasa kini mengambil perhatian penuh terhadap perkembangan kes.

"Pihak berkuasa akan berusaha sedaya-upaya mereka bagi menjaga keselamatan dan hak bagi semua semua pihak yang tinggal di Macau," menurut kenyataan itu.

Sejak beberapa hari lalu, terdapat laporan mengenai sumber kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan yang mengatakan bahawa mereka percaya Jong-nam dibunuh oleh ejen Korea Utara.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis menolak andaian berkenaan kerana Korea Utara tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian. - South China Morning Post

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan