Teman Lelaki Siti Aishah Ditahan Bantu Siasatan

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 6:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu kereta yang ditahan pada Rabu untuk membantu siasatan kes kematian warga Korea Utara, Kim Jong-nam, merupakan teman lelaki kepada wanita kedua yang ditahan awal Khamis.

"Lelaki itu bukan merupakan suspek utama tetapi dia membantu kami dalam siasatan ini," kata Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Seri Abdul Samah Mat.

"Maklumat yang disalurkan lelaki itu menyumbang kepada penangkapan suspek kedua," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Suspek kedua itu dikenali sebagai Siti Aishah, ditahan pukul 2 pagi dan memegang pasport Indonesia.

Menurut polis, wanita berusia 25 tahun itu dikenalpasti menerusi rakaman kamera keselamatan lapangan terbang dan bersendirian ketika ditahan.

Terdahulu, polis menahan suspek wanita pertama yang memegang pasport Vietnam, dikenali sebagai Doan Thi Huong pada Rabu selepas cuba menaiki penerbangan untuk melarikan diri.

Kedua-dua wanita tersebut direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Jong-nam disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas disembur racun oleh dua wanita terbabit di balai pelepasan KLIA2.


Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Siti Aishah , Korea Utara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan