'Siti Aishah' Suspek Kedua 'Wanita Beracun' - KPN

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Suspek wanita kedua yang ditahan polis pada Khamis selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menggunakan pasport Indonesia.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi satu kenyataan rasmi, suspek wanita itu juga menggunakan nama 'Siti Aishah' dan berusia 25 tahun berdasarkan tarikh lahir yang tertera pada pasport miliknya.

Berdasarkan maklumat pasport itu, wanita tersebut lahir di Serang, Indonesia pada 11 Februari 1992.

Tambah Khalid, Siti Aishah ditahan berdasarkan imej yang diperoleh daripada rakaman kamera keselamatan KLIA2.

"Suspek bersendirian ketika ditahan," jelas Khalid tanpa menyatakan lokasi penahanan wanita tersebut.

Pada Selasa, dunia digemparkan dengan kes pembunuhan Jong-nam yang menggunakan pasport diplomatik dengan nama Kim Chol.

Mangsa dikatakan mati akibat disembur racun oleh dua wanita dipercayai perisik Korea Utara.

Ketika kejadian, mangsa berada di ruang balai pelepasan untuk menunggu penerbangan ke Macau.

Motif pembunuhan masih disiasat tetapi laporan media asing mendakwa pembunuhan itu ada kaitan dengan pemimpin Korea Utara, Jong-un yang kurang senang dengan kritikan dilemparkan oleh abang tirinya itu terhadap kepimpinannya.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan