Seorang Lagi Suspek 'Wanita Beracun' Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lagi wanita ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang lelaki Korea Utara bernama Kim Chol.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama, namun ketika ditanya mengenai butiran lanjut berhubung penahanan itu seperti kewarganegaraan, beliau berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan beberapa siri tangkapan susulan penahanan suspek pertama, Rabu.

"Saya boleh katakan polis mempunyai maklumat yang mengaitkan suspek pertama yang kita tahan semalam dengan kematian lelaki terbabit.

"Polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang boleh dikaitkan dengan kes ini," katanya.

Pada Rabu, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pada pukul 8.20 pagi.

Isnin lepas, Kim Chol yang dipercayai abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau pada 9 pagi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dari klia2 setelah mengadu kurang sihat.

Media asing melaporkan Kim Chol sebenarnya ialah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara itu.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan