Rakyat Malaysia Pilih Pengangkutan Awam Elak Caj RRC

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kebanyakan rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura kini memilik untuk menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan  Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) yang dikenakan oleh republik itu.

Menurut mereka, caj S$6.40 (RM20) yang dikenakan setiap kali memasuki negara jiran itu yang mula dikuatkuasakan pada Rabu melibatkan semua kenderaan asing, merupakan beban yang berat.

Juruwang, Nor Shahira Mohamad, 21, yang biasa memandu bersama rakan sekerjanya ke tempat kerja di Bugis, mereka lebih sanggup menaiki bas.

"Walaupun berkongsi wang bersama dua rakan lain, kami masih perlu mengeluarkan belanja hampir 20 peratus daripada gaji bulanan untuk menampung kos keluar masuk Singapura," katanya.

Malah dia merancang untuk keluar rumah awal dua jam untuk menaiki bas.

Pengurus rekaan, Felecia Ng, 30, yang sudah bekerja di Singapura sejak sembilan tahun lalu, berkata, pendapatan bulananan terjejas ekoran terpaksa menampung kos ulang-alik ke negara tersebut.

"Saya perlu membelanjakan antara RM3,800 dan RM4,400 dan kira-kira RM500 untuk kadar tol di Malaysia," katanya.

Bagi Arif Nasril, 27, yang bekerja sebagai seorang pemandu, berkata, RRC boleh menyebabkan banyak syarikat kurang berminat untuk mendapatkan khidmat majikannya membawa klien ke Singapura.

"Sejak Singapura menguatkuasakan caj itu, sepatutnya langkah tersebut diiringi dengan penyelesaian mengurangkan kesesakan trafik di pusat pemeriksaan," katanya.

RRC diumumkan pada bulan lalu oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura.

Caj itu dilaksanakan susulan tindakan Malaysia mengenakan caj RM20 bagi kenderaan asing yang memasuki negara ini menerusi Johor berkuatkuasa 1 November tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: RRC , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan