MOT Setuju Bincang Semula Dasar Kabotaj Di Sabah - Berita Semasa | mStar

MOT Setuju Bincang Semula Dasar Kabotaj Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan (MOT)  bersetuju membincangkan semula dasar kabotaj di Sabah sebagai usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Persekutuan akan sentiasa peka terhadap keperluan Sabah, dengan menyediakan persekitaran ekonomi terbaik untuk itu.

"Punca kos barangan pengguna yang tinggi di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung sudah lama dibincangkan, dengan sebahagian besarnya dikaitkan dengan perlindungan dasar kabotaj Malaysia.

"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula dasar kabotaj untuk meliberalisasikan lagi mekanismenya bagi memastikan kos berpatutan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri ini," katanya.

Liow berkata demikian ketika berucap pada Forum Pelabuhan Sabah di sini pada Khamis. Acara itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Liow juga berkata punca utama harga barangan yang tinggi di Sabah bukan disebabkan dasar kabotaj dan kos perkapalan, sebaliknya saluran pengedaran yang lemah, caj pengendalian yang tinggi dan pengangkutan darat yang tidak cekap.

Dari segi perhubungan pengangkutan, beliau mengakui bahawa Sabah wajar memanfaatkan kedudukan strategiknya dalam kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

"Pengguna lautan dari Amerika Selatan dan Australia ke China, sukakan Sabah berdasarkan lokasinya yang strategik.

Oleh itu, Sabah perlu memanfaatkan potensinya untuk muncul sebagai penggiat utama dalam sektor maritim dan logistik," katanya.

Menyedari pentingnya Sabah sebagai hab maritim, Liow berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM1.027 bilion untuk pengembangan Pelabuhan Kontena Sapangar Bay (SBCP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Pengembangan itu merupakan pengiktirafan penting ke atas pembangunan infrastruktur pelabuhan Sabah dan peranannya dalam mewujudkan peningkatan ekonomi yang seimbang di negeri ini menerusi perhubungan dan rantaian pelabuhan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , Kabotaj
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan