Kim Jong-Nam Dipercayai Guna Pasport Diplomatik 'Kim Chol'

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 7:30 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam dipercayai memasuki Malaysia menggunakan pasport diplomatik menggunakan nama Kim Chol.

Menurut sumber kepada mStar Online, pasport bernombor 836410070 merupakan dokumen perjalanan milik lelaki warga Korea Utara bernama Kim Chol.

"Mengikut rekod, kemasukan 'Kim Chol' adalah pada 6 Februari 2017 dan berdasarkan dokumen perjalanan itu, ia merupakan kemasukan pertama kali ke Malaysia," katanya.

Sumber itu bagaimanapun memberitahu tidak dipastikan sama ada individu yang menggunakan pasport 'Kim Chol' adalah Kim Jong-Nam.

"Ini kerana 'Kim Chol' menggunakan pasport diplomatik, jadi tidak memerlukan dia menjalani pemeriksaan biometrik di kaunter imigresen sewaktu masuk ke Malaysia," katanya.

Menurut sumber, terdapat kemasukan lelaki warga Korea Utara di atas nama Kim Jong-Nam ke Malaysia.

Bagaimanapun kata sumber, mengikut rekod, Kim Jong-Nam tersebut dilahirkan pada 27 Februari 1986, dan bukannya 10 Jun 1970.

Tambahnya, 'Kim Jong-Nam' yang berusia 31 tahun itu telah tiga kali masuk ke Malaysia dan telah keluar dari negara ini pada 12 Ogos 2016.

"Mungkin ini Kim Jong-Nam yang lain kerana tarikh lahirnya tidak sama," katanya.

Dilaporkan, Kim Jong-Nam yang mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pagi Isnin dipercayai menggunakan pasport di bawah nama Kim Chol.

Bagaimanapun menurut sumber, lelaki warga Korea Utara itu belum lagi melalui kaunter imigresen untuk pelepasan ke luar negara.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa malam berkata, identiti seorang lelaki warga Korea Utara berusia 46 tahun yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dikenal pasti sebagai Kim Chol berdasarkan dokumen perjalanannya.

Beliau berkata, pasport Kim Chol bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970.

Tags / Kata Kunci: Kim Chol , Kim Jong-Nam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan