Pengalaman Luas Kelebihan Buat Jepun Bida Projek HSR

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 9:38 PM

Dr Makio Miyagawa (kanan) bersama selebriti Jepun, Yu Umi (kiri) ketika merasmikan Pameran Keretapi Laju Shinkansen pada Khamis. Pameran bermula hari ini hingga 9 Mac akan datang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengalaman luas selama 50 tahun dalam mengendalikan rangkaian perkhidmatan kereta api laju Shinkansen menjadi keyakinan buat Jepun untuk membida Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa, berdasarkan rekod,  tiada sebarang kemalangan maut dilaporkan dalam perkhidmatan Shinkansen sejak mula beroperasi 50 tahun lalu dan purata kelewatan perkhidmatan itu hanya satu minit dalam tempoh setahun.

"Bagi membida projek itu sudah pasti kami akan menawarkan kemudahan sistem berteknologi tinggi yang boleh dipercayai serta selamat buat rakyat Malaysia dan Singapura.

"Kami menjanjikan perkhidmatan terbaik dan tiada kelewatan agar rakyat dapat menggunakannya secara terus menerus," katanya.


Dr Makio Miyagawa menjawab soalan media selepas merasmikan Pameran Keretapi Laju Shinkansen pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Perasmian Pameran Kereta Api Laju Shinkansen di ibu negara, Khamis.

Projek RM65 billion yang mendapat jolokan "game changer" itu bakal menyaksikan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Jurong East, Singapura disingkatkan kepada 90 minit, dengan kelajuan maksimum 300 kilometer sejam.

Menurut Miyagawa, kerajaan Jepun teruja untuk menawarkan pembangunan sumber manusia termasuk bersedia memindahkan teknologi sistem itu serta melatih rakyat Malaysia dan Singapura agar mereka boleh mengendalikannya seperti pakar sejak hari pertama operasi.

Jelasnya, kereta api laju Shinkansen menawarkan teknologi yang lebih maju daripada kereta api China kerana Jepun menawarkan tahap keselesaan lima bintang serta dilengkapi sistem kawalan keselamatan yang tinggi."

"Memilih Shinkansen sememangnya pilihan terbaik yang perlu dibuat.

"Namun, semuanya terpulang kepada rakyat Malaysia dan Singapura untuk membuat keputusan dan pilihan yang tepat," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Kereta Api Laju , Shinkansen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan