NK News Dedah Facebook Milik Jong-nam

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 3:26 PM

Akaun Facebook didakwa milik Jong-nam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah laman Facebook dipercayai milik abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam berjaya dikesan dan ini mungkin membawa petunjuk kepada kematiannya, lapor sebuah agensi berita bebas.

Menurut polis Malaysia, Jong-nam yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin, berkunjung ke Malaysia menggunakan pasport dengan memakai nama Kim Chol.

NK News yang fokus kepada laporan berita di Korea Utara mendedahkan sebuah akaun Facebook milik 'Kim Chol' yang mengandungi gambar lama Jong-nam semasa berada di Macau, China.

Ia memetik sumber tidak dinamakan yang mengetahui aktiviti dalam talian Jong-nam sebagai mengesahkan bahawa profil tersebut memang milik mangsa.

Akaun tersebut tidak boleh didapati menerusi carian di Facebook tetapi NK News berkongsi sebuah paparan skrin laman Facebook berkenaan yang mengandungi beberapa gambar Jong-nam semasa di Macau.

NK News melaporkan aktiviti Jong-nam di Facebooknya seolah-olah menunjukkan bahawa dia tidak cuba menyembunyikan dirinya daripada masyarakat.

Malah dia juga tidak menjauhkan dirinya daripada media sosial walaupun sedang diancam bunuh.

Laporan itu turut memetik bekas setiausaha risikan kepada Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak, Cha Du-hyeogn sebagai berkata Jong-nam diketahui menggunakan alamat e-mel komersial untuk berkomunikasi.

"Aktiviti terbuka seperti itu tidak kelihatan ia datang daripada seorang individu yang sering menerima ancaman bunuh.

"Saya fikir mungkin Kim (Jong-nam) cuai yang membawa kepada kes kematian diluar jangkaannya," kata Du-hyeogn.





Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , KLIA2

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan