Dego Ride Mohon Sokongan NGO

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dego Ride mahu mengadakan pertemuan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan sokongan terhadap usaha memperkenalkan khidmat perkongsian pengangkutan menggunakan motosikal untuk rakyat khususnya berpendapatan rendah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, solidariti tersebut bertujuan untuk membawa suara mewakili isi rumah kira-kira 6,000 penunggang Dego Ride yang terjejas akibat pengharaman perkhidmatan itu.

Katanya, ia juga mewakili rakyat golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang mahu pilihan alternatif bagi pengangkutan murah terutama ketika kesesakan lalu lintas.

"Saya berbesar hati sekiranya suara 6,000 penunggang Dego Ride turut dapat dikongsi bersama badan-badan lain yang prihatin.

"Solidariti ini diharapkan dapat membentuk satu suara yang didengari kerajaan supaya mengkaji semula terhadap perkhidmatan Dego Ride," katanya.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Kementerian Pengangkutan yang dipersetujui Kabinet pada Rabu untuk mengharamkan perkhidmatan Dego Ride, atas faktor keselamatan.

Nabil berkata, kajian semula itu diharapkan dapat dijadikan peluang kepada Dego Ride untuk menjalankan perkhidmatan sebagaimana yang dibenarkan kerajaan terhadap Uber dan Grab yang ketika ini beroperasi tanpa lesen perdagangan.

Dilaporkan, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa Kementerian Pengangkutan mengkaji semula arahan pemberhentian serta-merta perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride tanpa bersikap berat sebelah.

Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Dego Ride boleh dijadikan pilihan alternatif untuk jarak dekat memandangkan perjalanan jarak jauh adalah berisiko.

Terdahulu, Nabil mempertikaikan keputusan Kementerian Pengangkutan yang dipersetujui Kabinet untuk mengharamkan perkhidmatan Dego Ride, dengan menyifatkan ia sebagai tindakan tergesa-gesa.

Nabil yang kesal dengan pengumuman itu juga berkata, ia adalah tindakan berat sebelah kerana beliau tidak diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan dan mengadakan perbincangan bersama pihak kerajaan.

Tambahnya, pengharaman itu diumumkan sehari selepas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Selasa memberi masa selama tujuh hari kepada beliau untuk tampil berbincang dengan kementerian berhubung perkhidmatan itu.

Tags / Kata Kunci: Dego Ride , NGO

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan