Baju 'LOL' Dipakai Suspek Pembunuh Dijual Dengan Harga RM6,092

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 7:44 PM

Iklan t-shirt LOL yang menggunakan imej suspek pembunuh Kim Jong-nam disiarkan dalam laman jualan Taobao sebelum dipadamkan tidak lama kemudian. - Ihsan mashable.com

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Baju putih tertera tulisan 'LOL' yang dipakai oleh suspek pertama kes pembunuhan lelaki Korea, Kim Jong-nam, dijual menerusi dalam talian sebelum iklan jualan itu dipadam.

Iklan baju itu disiarkan menerusi laman jualan Internet terbesar China, Taobao dengan harga 6,324 yuan (RM4,092) dan gambar yang digunakan adalah suspek kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Baju berkenaan mula dijual pada Rabu beberapa jam selepas polis Malaysia mendedahkan rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan imej suspek memakai baju tersebut.

Baju berkenaan diiklankan dengan nama 'T-shirt wanita Korea Utara yang membunuh Kim Jong-nam' dan mempunyai lima saiz berbeza untuk pelanggan.

Syarikat Taobao terkenal dengan kepakaran menjual barangan tiruan yang dipakai oleh selebriti.

Bagaimanapun Taobao memadamkan iklan jualan t-shirt tersebut atas sebab yang tidak diketahui.

Pada Isnin, Jong-nam meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas disembur racun oleh dua wanita di balai pelepasan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA) pukul 9 pagi ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Kedua-dua suspek telah ditahan masing-masing pada Rabu dan Khamis, dan  mereka direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.


Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Taobao

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan