TLDM Selamat 87 Pelancong Terkandas Di Pulau Tioman

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 9:24 PM

Pelancong yang terkandas di Pulau Tioman dibawa keluar dengan menggunakan kapal milik TLDM. Foto Twitter @tldm_rasmi

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 87 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman ekoran laut bergelora dan cuaca buruk selamat tiba dengan Kapal KD Terengganu di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang dekat sini petang Rabu.

Mereka tiba pada pukul 6.30 petang di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1). 

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan sepatutnya 123 pelancong menaiki kapal berkenaan namun yang selebihnya memilih untuk menaiki feri.

"Misi bantuan turut mendapat perhatian daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan penyediaan pengangkutan untuk menghantar semula pelancong yang terkandas ke Terminal Feri Mersing, Johor," kata kenyataan itu.

Kapal KD Terengganu dilapor bertolak dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada tengah malam Selasa dengan misi membawa bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Rompin untuk diberikan kepada penduduk Pulau Tioman yang terputus bekalan makanan akibat cuaca buruk.

Seorang pelancong yang diselamatkn itu Mimi Yuhani Adam, 45, dari Kuala Lumpur berkata beliau, suami serta anak-anaknya terkandas di pulau berkenaan sejak Ahad lepas.

Beliau berkata, mereka datang untuk bercuti di Pulau Tioman selain suaminya mahu bertemu rakannya.

"Namun baru diketahui rakannya itu telah berpindah ke Kuantan. Hendak berpatah balik sudah tidak boleh sebab kami telah pun berada atas feri.

"Apabila kami dimaklumkan tiada feri untuk menghantar kami ke jeti akibat cuaca buruk, kami kembali menginap di pulau itu," katanya.

Turut terkandas sejak Ahad lepas ialah Teo Kiang Mou, 38, dari Johor Bahru yang pertama kali datang bercuti sempena Tahun Baru Cina ke Pulau Tioman bersama keluarganya serta 26 orang rakan-rakannya.

"Ketika terkandas, saya menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan susu dan pampers anak saya dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang kampung untuk menggunakan bot pergi ke Kampung Tekek bagi membelinya," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan