Mayat Jong Nam dibawa ke HKL

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 9:55 AM

Gambar fail AFP.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mayat Kim Jong Nam yang merupakan abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un di KLIA2, Sepang, kelmarin dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu.

Menurut laporan portal berita Utusan Online yang memetik kenyataan satu sumber, mayat dibawa ke Jabatan Forensik HKL untuk proses bedah siasat oleh pakar forensik di hospital terbabit.

Van yang membawa mayat Jong Nam dilihat keluar dari pekarangan Hospital Putrajaya pada pukul 8.55 pagi dengan diiringi empat kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walau bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia mendapatkan penjelasan lanjut pihak PDRM masih gagal.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tangat Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki warga Korea Utara itu yang menggunakan nama, Kim Chol, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Mangsa dikatakan mendapatkan bantuan petugas lapangan terbang KLIA2 sebelum rebah secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, rangkaian televisyen Korea Utara, TV Chosun melaporkan, Jong Nam dipercayai diracun oleh dua wanita dipercayai warga negara itu yang ketika ini sedang menjadi buruan polis.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Kim Jong-un

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan