Alang Dipercayai Individu Terakhir Melihat Pembunuh Jong-nam

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengiring penumpang teksi dikenali sebagai Alang dipercayai individu terakhir melihat kelibat wanita yang disyaki pembunuh Kim Jong-nam di KLIA2.

Alang yang mengiringi ribuan penumpang di lapangan terbang itu bagaimanapun berkata, dia tidak ingat pertemuannya dengan wanita yang diberi jolokan Ms Poison di kalangan media itu.

Bagaimanapun, susulan berita pembunuhan pada Isnin di lapangan terbang itu, lelaki berkenaan yang turut kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengetip kupon teksi itu dihujani dengan panggilan daripada keluarga, rakan dan juga polis.

"Saya rasa tertekan. Mereka bertanya apa yang saya boleh beritahu mereka atau apa yang saya ingat. Saya tidak ingat apa-apa.

"Cuba lihat berapa ramai orang yang ada di sini dan kupon yang saya ketip, bagaimana saya boleh ingat mereka? Bukannya saya tidak mahu bantu," katanya yang baru tiga minggu bertugas di KLIA2.

Menurut laporan, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu diserang oleh dua wanita dengan memercik cecair beracun pada mukanya.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka berkulit cerah, memakain baju putih dan skirt pendek biru dilihat sedang menunggu untuk menaiki teksi di lapangan terbang itu.

Ketika ini, polis masih memburu kedua-dua wanita itu.



Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Alang , KLIA2

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan