Polis Sahkan Kim Jong-nam Dibunuh Di KLIA2

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 9:05 PM

Kim Jong-nam. Foto The Korea Herald/Asia News Network

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin adalah abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Kim Jong-nam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi Isnin apabila mangsa mahu menaiki penerbangan ke Macau pukul 10 pagi.

"Dia memberitahu penyambut tetamu di balai berlepas bahawa seseorang menariknya dari belakang dan menyimbah cecair pada wajahnya.

"Dia meminta bantuan daripada penyambut tetamu dan segera dihantar ke klinik lapangan terbang itu. Ketika itu, dia mengalami sakit kepala dan mahu rebah," katanya ketika dihubungi.

Fadzil berkata, mangsa kemudiannya diserang sawan secara tiba-tiba di klinik.

"Dia telah diletakkan di tempat usung dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

"Kita telah mulakan siasatan awal berhubung perkara itu," katanya.

Beliau menambah, polis akan menyiasat pergerakan mangsa di Malaysia dan individu yang ditemuinya dalam negara.

"Kita turut menerima permintaan daripada Kedutaan Korea Utara berkenaan mayat.

"Bagaimanapun, kita akan melakukan bedah siasat sebelum memberikan mayat itu," katanya.

Difahamkan, bedah siasat terhadap Kim yang berada di negara ini sejak 6 Februari lalu akan dijalankan pada Rabu.

Laporan media menyatakan polis sedang memburu sekurang-kurangnya dua wanita dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu.

Rangkaian kabel televisyen Korea Selatan, TV Chosun berkata, Jong-nam diracun di KLIA2 oleh dua wanita dipercayai merupakan perisik Korea Utama yang masih bebas.

Jong-nam dan Jong-un merupakan anak lelaki kepada bekas pemimpin, Kim Jong-il yang meninggal dunia pada akhir 2011, tetapi berlainan ibu.




Tags / Kata Kunci: Kim Jong-un , Kim Jong-nam

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan