Dego Ride: Dua Penunggang Disaman JPJ

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 7:17 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Susulan arahan Kementerian Pengangkutan supaya perkhidmatan Dego Ride dihentikan serta-merta, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak menyaman dua penunggang motosikal syarikat itu kerana mengambil penumpang dan mengenakan bayaran.

Bercakap kepada mstar Online, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata, dua penunggang Dego Ride dikenakan tindakan dalam operasi yang bermula pada petang Isnin.

"Dua penunggang Dego Ride dikenakan tindakan saman oleh anggota JPJ yang melakukan penyamaran.

"Mereka dikenakan tindakan di bawah Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya pada lewat malam Isnin.

Difahamkan, ia merupakan saman yang pertama dikeluarkan terhadap penunggang Dego Ride selepas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi pada 24 Januari lalu mengarahkan JPJ mengambil tindakan, diikuti arahan tegas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Isnin.

Nadzri berkata, butiran lanjut akan dimaklumkan dalam sidang media akan diadakan pada waktu terdekat.

"Kita akan adakan sidang media mengenai perkara ini secepat mungkin," katanya ringkas.

Difahamkan, JPJ akan mengadakan sidang media di pejabat JPJ, Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi Selasa.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj ketika dihubungi mStar Online mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, kami diberitahu terdapat dua penunggang kami disaman JPJ kerana membawa penumpang," katanya.

Pada Isnin, Tiong Lai memberi amaran kepada Dego Ride supaya tidak mencabar undang-undang dan beroperasi tanpa lesen.

Beliau berkata, undang-undang menetapkan mengikut Seksyen 23 motosikal tidak boleh dijadikan sebagai kenderaan komersial manakala Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010, tidak boleh membawa kenderaan komersial tanpa permit.

Sabtu lalu, mStar Online melaporkan bahawa Dego Ride berkeras untuk meneruskan operasi walaupun tidak mempunyai lesen dan JPJ diarahkan untuk mengambil tindakan.

Sejak beroperasi pada November tahun lalu, Dego Ride mempunyai kira-kira 6,000 penunggang dan lebih 15,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan itu di sekitar Lembah Klang.

Perkhidmatan Dego Ride boleh ditempah menerusi aplikasi WhatsApp, dengan kadar tambang dari RM2.50 untuk 3 kilometer (km) pertama, dan caj 60 sen dikenakan bagi setiap km seterusnya.

Tags / Kata Kunci: Dego Ride , saman , JPJ

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan