Tentera Laut Bangladesh Lencong Kapal Misi Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 1:17 PM

Satu daripada dua buah kapal tentera laut Bangladesh yang mengiringi kapal misi Nautical Aliya.

(Ubah saiz teks)

TELUK BENGAL: Kapal misi bantuan Malaysia ke Myanmar,Nautical Aliya yang dalam pelayaran ke Chittagong dilencongkan ke Cox's Bazar oleh kapal tentera laut Bangladesh pada awal Isnin.

Menurut pegawai kedua kapal tersebut, Justin Savari, kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan, Tentera Laut Bangladesh menghubungi mereka untuk memaklumkan tentang perubahan haluan kapal tersebut.

Jelas beliau, pihak tentera Bangladesh juga menyediakan tongkang bagi urusan pemunggahan kargo bantuan di kapal tersebut.

Nathan menambah, kapal misi diberikan kedudukan untuk melabuhkan sauh kira-kira dua batu dari kawasan persisiran pantai Cox's Bazar dan dijangka sampai ke lokasi itu pukul 10 pagi waktu tempatan.

Buat masa ini, kapal Nautical Aliya diiringi dua kapal tentera laut Bangladesh.

Tags / Kata Kunci: Bangladesh , Nautical Aliya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan