Malaysia-Singapura Setuju Semak Semula Keputusan ICJ

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh oleh Malaysia adalah proses perundangan yang telah dipersetujui bersama Singapura, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau berkata semakan semula itu adalah kesinambungan daripada persetujuan sebelum ini iaitu kedua-dua negara bersetuju menyelesaikan pertikaian tuntutan terhadap pulau yang juga dikenali sebagai Pedra Branca itu, menerusi ICJ.

"Rujukan melalui semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini merupakan proses yang dibenarkan oleh undang-undang tatacara di mahkamah tersebut dan isu pertikaian wilayah ini bukanlah perkara yang asing, ia sering berlaku," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai semakan semula itu di sini, Isnin.

Justeru Mohamed Apandi percaya permohonan semakan oleh Malaysia itu tidak akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Pada 3 Februari lepas, Mohamed Apandi dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Malaysia telah memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).

Permohonan semakan semula itu yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda sehari sebelum itu (2 Feb), dibuat susulan penemuan tiga dokumen sokongan di National Archives of the United Kingdom, yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai sulit.

Pada 23 Mei, 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, yang terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor.

Menurut Mohamed Apandi, semakan semula itu adalah satu komitmen dan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam mendapatkan semula hak ke atas pulau itu kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

"Saiz pulau tidak menjadi ukuran kerana walaupun satu inci, kita wajib berjuang untuk mendapatkannya semula kerana ini melibatkan kedaulatan kita," katanya.

Tags / Kata Kunci: ICJ , Batu Puteh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan