CEO Dego Ride Minta Diberi Peluang

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 8:24 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj meminta supaya diberi peluang untuk membahaskan isu pengangkutan berkongsi motosikal yang dilaksanakan sejak November lalu itu.

Tegas beliau, Dego Ride bukan perkhidmatan teksi motosikal kerana ketika ini, belum ada peruntukan pelesenan untuk perkhidmatan seumpama itu.

Setakat ini, kata Nabil, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi membincangkan perkara itu termasuk mekanisme terbaik untuk membolehkan operasi kongsi motosikal dapat diteruskan.

"Kita bukan mahu melanggar undang-undang. Jika isu utama adalah mengenai keselamatan, sehingga kini, tiada rekod kemalangan membabitkan penunggang Dego Ride.

"Malah Dego Ride juga menyediakan latihan yang mengutamakan aspek keselamatan termasuk perlindungan insurans," katanya ketika dihubungi mStar Online bagi mengulas mengenai arahan supaya Dego Ride menghentikan operasi serta-merta atas faktor keselamatan.

Nabil berkata, penjelasan daripada pihaknya adalah berdasarkan data dan kajian yang dilakukan sepanjang Dego Ride beroperasi selama tiga bulan.

"Saya minta untuk mengadakan pertemuan dengan menteri atau rundingan meja bulat bersama pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan mereka, dan pada masa sama kita akan menggunakan data yang diperoleh untuk membahaskan apa yang telah mereka katakan," katanya.

Beliau menambah, ia termasuk mengambil kira kepentingan masyarakat yang menggunakan pengangkutan awam dan sumber pendapatan untuk golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Sebelum ini, Nabil telah mengadakan dua pertemuan secara berasingan dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung isu Dego Ride.

Pada Ahad, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih lagi beroperasi.

"Kita ada kuasa untuk mengawal perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan yang terletak di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SPAD.

"Kesalahan ini jelas kerana penunggang tidak boleh membawa orang awam dan mengutip bayaran. Jika ada unsur bayaran, ia adalah satu kesalahan di bawah JPJ," katanya.

Pada Sabtu lalu, mStar Online melaporkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata, perkhidmatan Dego Ride boleh terus beroperasi sekiranya mendapat kebenaran SPAD.

Perkhidmatan Dego Ride boleh ditempah menerusi aplikasi WhatsApp, dengan kadar tambang dari RM2.50 untuk 3 kilometer (km) pertama, dan caj 60 sen dikenakan bagi setiap km seterusnya.

Tags / Kata Kunci: Dego Ride , SPAD , Kementerian Pengangkutan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan