Terima Kasih Istana Johor Hantar Pulang Mat Terre - Annuar Musa

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 11:09 AM

Tunku Ismail bersalaman bersama Mat Terre. - Ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin mengingatkan pihak yang merakam dan menularkan video seorang lelaki menghina kerabat diraja Johor, agar menginsafi perbuatan tersebut dan tidak lagi mempermainkan perkara sedemikian.

Menerusi kenyataan dalam laman Facebook, Annuar Musa berkata, tindakan memfitnah atau menyakiti orang lain dengan sengaja adalah salah.

"Jika terbuat sedemikian, maka kita memohon maaf atau sekurang-kurangnya berazam untuk tidak  mengulanginya lagi.

"Alfitnatu..asyadduminal..qatlu...fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh," kata beliau memetik ayat ke-191 dari surah Al Baqarah.

Selain itu, Annuar Musa menyampaikan rasa terima kasih kepada pihak Istana Johor kerana memaafkan lelaki tersebut Muhammad Zul Apis Baharum atau dikenali sebagai Mat Terre keterlanjuran atau kelurusannya.

Ia susulan penularan video Mat Terre dalam laman sosial yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelik kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak dan menjurus kepada penangkapan lelaki itu.

"Kita Orang Parlimen Ketereh (OPT) dan sahabat-sahabat Mat Terre berterima kasih pada Istana Johor yang telah bersusah payah menghantar Mat Terre balik ke Kelantan," kata Annuar Musa.

Pada Ahad, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor supaya Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.

Menurut kenyataan Polis Diraja Johor (PDRM) Johor, Mat Terre yang berasal dari Kelantan dipercayai diperalatkan oleh pihak tertentu yang sengaja mahu mencetuskan suasana tidak harmoni.

Sehubungan itu, PDRM Johor turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan apa-apa rakaman video yang palsu, menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Pihak Polis Johor juga tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang melakukannya.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Tunku Ismail , Mat Terre

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan