Pengundi Awal DUN Tanjong Datu Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 10:00 AM

Sarjan Shafie Mat Jusoh dan isteri Suhana Sidek menunjukkan jari yang sudah ditanda dengan dakwat kekal selepas mengundi ketika mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu seawal jam 8.30 pagi di Unit Lapang Sasar Kem Sampadi, Ahad. Seramai 188 orang pemilih awal terlibat yang meliputi anggota polis dan tentera dalam pengundian tersebut.


(Ubah saiz teks)

LUNDU: Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sempadi mula dibuka pukul 8 pagi ini, dengan masing-masing menyediakan satu saluran mengundi.

Seramai 188 pemilih, atau 1.9 peratus daripada 9,959 pemilih berdaftar bagi PRK ini adalah dalam kalangan pemilih awal yang akan mengundi di dua pusat berkenaan pagi ini.

Ia merupakan dua daripada 18 pusat mengundi yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan 9,959 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu memilih wakil mereka, dengan hari mengundi ditetapkan 18 Februari ini.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Calon BN yang bertanding dalam PRK ini adalah balu Allahyarham, Datuk Amar Jamilah Anu.

Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu, menjadi lokasi untuk 101 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan pasangan mereka.

Tinjauan Bernama mendapati hujan lebat sejak semalam tidak menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dengan ada yang hadir seawal pukul 7.30 pagi.

Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Sarjan Mejar Mohd Johan Abdullah menjadi anggota pertama mengundi hari ini.

Mohd Johan, 55, berkata dia yang berasal dari Kampung Stunggang Dayak, sebuah kampung dalam kawasan Tanjong Datu sudah mengundi sejak berusia 25 tahun.

Sementara itu, di Dewan ULS Kem Sempadi, hujan sekejap-sekejap tidak menghalang anggota tentera dan pasangan mereka untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Seramai 87 pengundi awal layak mengundi di pusat ini yang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah serta Panglima Markas Satu Divisyen, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw adalah antara yang hadir memantau proses pengundian di kem itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: DUN Tanjong Datu , Luncu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan