Sorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Rawang

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Seorang wanita maut, manakala beberapa orang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta Proton berhampiran Plaza Tol Rawang pada Ahad.

Wanita berusia 28 tahun merupakan seorang pekerja di sebuah kilang maut di tempat kejadian  kira-kira pukul tujuh pagi Ahad di KM4 Jalan Rawang-Batu Arang.

Mangsa merupakan penumpang dalam kereta yang dipandu bapanya. 

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata, kereta Proton Saga  yang membawa lapan penumpang ke sebuah kilang di Taman Perindustrian Bersepadu, Rawang  telah dilanggar oleh sebuah kereta lain dari arah bertentangan.

Beliau berkata kedua-dua pemandu cedera teruk dalam kemalangan tersebut.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, lapan anggota bomba tiba di tempat kejadian 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7.10 pagi.

Tambahnya, terdapat lima kanak-kanak turut tercedera dalam kemalangan itu.

Semua mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Manakala mayat wanita itu juga telah dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa saudara mangsa  yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 40, memberitahu abangnya mahu menghantar mangsa ke Rawang untuk rombongan ke Kalumpang, Hulu Selangor, dan berkumpul di situ sebelum menaiki sebuah bas.

Anak saudaranya itu merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke sebuah masjid di Country Homes, Rawang, untuk solat sebelum dikebumikan pada petang Ahad.

Kes itu telah diklasifikasikan sebagai memandu secara berbahaya di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan Rawang

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan