RUU Hadi: Ahli Parlimen Berdepan Situasi Sukar - Ku Li

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 3:29 PM

 Tenkgu Razaleigh Hamzah
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen berada dalam situasi sukar susulan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai terpaksa berdepan dengan 'dua pilihan yang tidak menyenangkan'.

"Ini kerana mereka telah mengangkat sumpah jawatan untuk menegakkan keluruhan Perlembagaan Persekutuan," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu di forum anjuran Angkatan Amanah Merdeka, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada Ahad.

Lebih 100 hadirin termasuk penyokong dan pengkritik bagi RUU 355 menghadiri forum itu.

Tengku Razaleigh yang juga presiden Angkatan Amanah Merdeka berkata, cadangan pindaan RUU 355 mendebarkan pelbagai pihak kerana peruntukan untuk hukuman maksimum jenayah tertentu, adalah lebih tinggi daripada yang dikenakan mengikut mahkamah sekular.

"Kemungkinan hukuman berbeza dijatuhkan oleh dua sistem undang-undang yang berbeza, oleh itu ia tidak boleh dinafikan," katanya dalam ucapan perasmian beliau pada forum yang bertajuk "Sebanyak Mana Anda Tahu Tentang Hudud?" di di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Forum itu turut menampilkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin; pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi dan pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li juga menyentuh mengenai persoalan sama ada Majlis Raja-Raja telah diberikan penerangan mengenai perlembagaan berkaitan pindaan itu.

"Raja-Raja dan Sultan mempunyai hak mutlak untuk perkara yang berkaitan dengan Islam dan ini menimbulkan persoalan sama ada telah dimaklumkan tentang pindaan dan persetujuan mereka diperolehi untuk pembentangan pada persidangan Dewan Rakyat," katanya.

RUU persendirian Abdul Hadi itu dijangka dibentangkan semula pada sesi Mac.

Ia dibacakan kali yang kedua pada November lalu untuk memasukkan beberapa penambahbaikan.

Cadangan Abdul Hadi sebelum ini bagi membolehkan mahkamah syariah mengenakan hukuman lebih berat.

Pada masa ini, hukuman berdasarkan pindaan yang terakhir pada 1984 itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak lebih enam sebatan.

Cadangan terkini Abdul Hadi adalah menggantikan hukuman dengan "tidak melebihi 30 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM100,000 atau 100 sebatan".

Tags / Kata Kunci: RUU 355 , Tengku Razaleigh Hamzah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan