Jangan Jadikan Sambutan Majlis Keagamaan Pentas Politik - Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 9:03 AM

subramaniam
(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Tindakan DAP mempergunakan majlis keagamaan seperti sambutan Thaipusam di Pulau Pinang beberapa hari lepas, perlu dikawal agar tidak berulang kerana ia suatu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, agama adalah sesuatu di luar bidang politik, dan parti politik tidak sepatutnya menggunakan perayaan keagamaan sebagai pentas untuk menyampaikan ceramah politik.

"Saya tidak kisah sekiranya mereka (parti pembangkang) memberi ceramah politik pada majlis ceramah politik.

"Namun, apabila mereka menggunakan majlis keagamaan untuk berpolitik, ia tidak betul kerana orang ramai datang ke majlis itu untuk menunaikan ibadat dan bukannya berpolitik," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Dr Subramaniam berkata demikian ketika hadir pada majlis sambutan perayaan Ponggal peringkat Parlimen Segamat di Taman Desa India dekat sini.

Beliau berkata, tindakan parti pembangkang yang seolah-olah memaksa orang ramai mendengar ceramah politik pada sambutan Thaipusam itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Jika perkara ini terus dibiarkan, parti politik lain akan turut melakukan perkara yang sama dengan menggunakan majlis sambutan keagamaan untuk tujuan kepentingan politik masing-masing," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, perayaan Ponggal yang disambut oleh masyarakat India di negara ini, adalah bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama.

"Pada kali ini, kita buat sedikit perubahan pada sambutan Ponggal peringkat Parlimen Segamat dengan menjadikannya majlis perpaduan apabila semua penduduk Taman Desa India dan kawasan sekitar turut mengambil bahagian," katanya. 

Beliau berkata, pada sambutan kali ini juga, acara perarakan kebudayaan melawat lebih 40 buah rumah di Taman Desa India sebagai simbol kepada perpaduan masyarakat.

"Pada perayaan Ponggal hari ini, setiap rumah menyumbangkan sedikit beras dan ia mampu memupuk semangat bersama apabila semua orang terlibat dalam sambutan ini," katanya. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan