Wakil Rakyat Keluar Parti Bukti Parti Berpecah-Belah - Tiong Lai

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kepimpinan dalam DAP kini sedang berpecahberikutan tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang anggota Parlimen DAP Melaka keluar parti. 

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, situasi berkenaan turut menggambarkan kekalutan politik dalam kalangan pemimpin DAP.

"Ini bukan sahaja sedang berlaku di Melaka malah di tempat lain", katanya kepada pemberita dekat sini, Ahad.  

Tiga Adun itu ialah Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Anggota Parlimen, Sim Tong Him (Kota Melaka). 

Tindakan itu disahkan Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew pada sidang media di pejabat DAP Negeri di Melaka pada Ahad.  

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, tindakan empat wakil rakyat DAP itu menunjukkan sikap sebenar kepimpinan parti itu yang membuat keputusan untuk kepentingan diri tanpa mengambil kira pihak lain.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MCA , DAP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan