Bahaya Pasca Banjir Belum Berakhir

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun banjir semakin surut pada musim ini, tetapi bahayanya masih belum berakhir buat mangsa yang terjejas.

Ia disebabkan air lumpur boleh mengancam kesihatan menerusi penyakit bawaan vektor seperti jangkitan saluran pernafasan, gastroenteritis dan leptospirosis.

Walaupun Jabatan Kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani ancaman akibat banjir, tetapi Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengesahkan terdapat tiga kes leptospirosis di Kelantan.

Meskipun tiada sebarang statistik kematian yang dikeluarkan akibat wabak berkenaan seperti taun, demam kepialu dan disentri, tetapi dibimbangi penyakit tersebut boleh menyebabkan kematian.

"Penyakit-penyakit ini disebabkan oleh pengambilan minuman dan makanan yang tercemar. Maka adalah penting menggunakan air yang boleh diminum untuk penjagaan diri dan penyediaan makanan," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, sebahagian besar penyakit bawaan air yang dibawa oleh air banjir merupakan sisa kumbahan, sisa haiwan dan bahan kimia tercemar.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur pada 2014, jumlah kes penyakit selepas banjir surut kini mencatatkan penurunan.

Menurut jabatan itu, terdapat penurunan kes yang drastik seperti gastroenteritis akut (AGE), penyakit pernafasan akut (ARI) dan leptospirosis (penyakit kencing tikus) akibat banjir sejak awal Disember tahun lalu.

Bilangan kes ARI menurun dari 8,276 pada 2014 kepada 1,439 ketika ini, manakala hanya 162 kes AGE musim ini berbanding 1,062 kes sebelum ini.

Statistik juga menunjukkan 379 kes leptospirosis di kawasan yang dilanda banjir semasa bencana 2014 manakala hanya tiga kes baharu disahkan menteri bagi musim ini.

Dr Noor Hisham berkata, kebanyakan penyakit berjangkit yang dihadapi semasa banjir baru-baru ini merupakan kes terpencil melibatkan ARI dan jangkitan kulit.

Selain itu katanya, tiada sebarang wabak taun atau denggi dilaporkan.

Penurunan kes, katanya, disebabkan langkah-langkah pencegahan yang dijalankan oleh jabatan kesihatan sebelum, semasa dan selepas banjir.

Antara lain adalah merawat mangsa banjir di pusat pemindahan.

"Ia juga dibantu oleh program pendidikan mengenai bagaimana untuk mencegah penyakit berjangkit," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan