Tiga Individu Di Tanah Merah Positif Jangkitan Kencing Tikus

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tiga individu di Kelantan disahkan mengalami jangkitan kencing tikus (leptospirosis), setakat Jumaat yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir di Tanah Merah, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata sebelum itu, ketiga-tiga mereka bersama tiga lagi yang lain dimasukkan ke wad Hospital Tanah Merah (HTM) selepas dipercayai menghidap 'virus misteri' selepas berkunjung kemajlis perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor.

Beliau berkata tiga individu lain itu, bagaimanapun, masih dirawat di HTM sementara menunggu keputusan pemeriksaan yang dilakukan terhadap mereka.

"Di mana mereka mendapat leptospirosis ini, kita belum dapat pastikan.Tetapi, kalau dilihat kepada masa tanda-tanda awal, ada kemungkinan ia bermula di kampung halaman mereka di Tanah Merah sebelum mereka ke Kajang.

"Namun, seperti yang dimaklumkan, Jabatan Kesihatan sedang menyiasat perkara ini bagi menentukan punca sebenar. Pada masa sama, kita juga membuat pemeriksaan terhadap individu-individu lain yang turut mengalami tanda-tanda berkenaan bagi memastikan mereka dijangkiti penyakit sama atau sebaliknya," kata beliau.

Dr Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal Muafakat Johor 2017 di Hutan Bandar Mutiara Rini, di sini pada Sabtu.  

Akhbar sebelum ini melaporkan 40 individu dikuarantin di HTM kerana disyaki diserang virus misteri selepas berkunjung ke Kajang. 

Serangan itu turut menyebabkan seorang daripada mereka yang berusia 59 tahun meninggal dunia, namun, setakat ini punca kematiannya masih disiasat disebabkan dia mempunyai sejarah penyakit lain.

"Sejak berlaku banjir, memang terdapat peningkatan dalam kes kencing tikus dan kebetulan mangsa-mangsa ini tinggal di Tanah Merah yang dilanda banjir.

"Mungkin ia berkaitan, tetapi kita masih perlukan pengesahan dan pemeriksaan daripada Jabatan Kesihatan yang mengambil masa seminggu hingga dua minggu. Pemeriksaan yang telah dilakukan merangkumi ujian air kencing, ujian darah danmengambil sampel di tempat yang disyaki," katanya.

Menurut Dr Subramaniam, banjir kebiasaannya akan mengakibatkan wujudnya beberapa penyakit dengan satu daripadanya kencing tikus yang terhasil akibat persekitaran kotor. 

Beliau berkata banjir juga boleh mengakibatkan melioidosis iaitu sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria pada tanah yang dibawa oleh banjir dan apabila kering, akan menjangkiti saluran pernafasan manusia.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu risau terhadap kes virus Influenza A (H1N1) yang dilaporkan menyerang dua murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Melaka Tengah, Melaka, Jumaat.

"Pada keseluruhannya, kita (kementerian) mempunyai keupayaan untuk mengesan penyakit dan memberi rawatan sewajarnya. Apa yang lebih penting, kita kena mengamalkan ciri-ciri kebersihan seperti mencuci tangan, mengambil makanan yang bersih dan sebagainya," kata beliau.

Berkenaan hasil siasatan suruhanjaya siasatan bebas yang ditubuh bagimengesan punca kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, yang meragut enam pesakit, Oktober lepas, Dr Subramaniam berkata ia masih belum lengkap dan dijangka mengambil masa sebulan lagi untuk disiapkan. 

"Tetapi, kita sudah menerima laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan daripada laporan itu, kebakaran dinyatakan bermula daripada kapasitor didalam lampu dalam wad. 

"Selepas kapasitor itu mencapai suhu yang terlampau tinggi, ia terbakar laluterkena bahan-bahan yang mudah terbakar dan merebak," katanya. -Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan