Lewat Bayar PTPTN Kepada Pelajar Hanya Masalah Komunikasi - Idris

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 2:12 PM

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh (tiga, kiri) berswafoto bersama pelajar ketika hadir merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 Zon Timur, Sabtu. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (tengah).

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menghadapi masalah kewangan dan kelewatan pelajar universiti awam menerima pembayaran pinjaman mereka adalah berpunca daripada masalah komunikasi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata masalah itu telah diatasi dengan banyak universiti terbabit sudah menghantar pengesahan status pengajian pelajar kepada PTPTN untuk proses pembayaran.

"Saya sudah bincang dengan Ketua Eksekutif PTPTN (Wan Ahmad Wan Yusoff) dan  beliau menyatakan tidak ada masalah, banyak universiti sudah menghantar senarai (pengesahan status pengajian pelajar)...ini bukan isu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 'Jom Masuk IPT' 2017 di sini, Sabtu.

Akhbar hari ini melaporkan peminjam PTPTN di 11 universiti awam berdepan kelewatan menerima pembayaran berikutan agensi itu belum menerima pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti terbabit.

Idris juga berkata pada tahun lepas, PTPTN berjaya mengutip hutang bayaran balik pinjaman sebanyak RM3.4 bilion iaitu melepasi sasaran yang ditetapkan RM2 bilion.

Mengenai karnival dua hari yang bermula hari ini, Idris berkata ia adalah bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pelajaran yang terdapat di universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam.

"Pendidikan tinggi di negara kita terus meningkat dengan ranking yang semakin naik, pengiktirafan juga meningkat dan pelajar kini tidak lagi segan apabila memilih universiti tempatan kerana kita juga mempunyai universiti yang baik. 

"Universiti tempatan yang usianya tidak sampai 50 tahun adalah antara 50 terbaik di dunia manakala untuk universiti penyelidikan kita juga merupakan antara yang teratas di dunia dengan banyak kejayaan dicapai termasuk dalam bidang sains dan kejuruteraan," katanya.

Beliau berkata kejayaan dan kecemerlangan pendidikan tinggi negara bukan sahaja membuka mata rakyat Malaysia malah pelajar luar negara untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

Katanya, pendidikan vokasional dan teknikal juga penting kerana ia menjamin masa depan yang baik kepada pelajar kerana kira-kira 60 peratus peluang pekerjaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas adalah dalam bidang vokasional dan teknikal.

Beliau berkata pelajar luar negara berminat belajar di negara ini kerana kos pengajian yang rendah berbanding di Amerika Syarikat dan Australia. 

Antara aktiviti pada karnival itu ialah pameran pendidikan, program melonjak ke atas sebagai medan interaksi antara kementerian dan masyarakat, dan seminar kemasukan pelajar ke IPT.

Karnival berkenaan akan diperluaskan keseluruh negara dengan destinasi terakhirnya di Negeri Sembilan pada 25 Mac ini.-- Bernama





Tags / Kata Kunci: PTPTN , Idris Jusoh

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan