Menteri Kanan Letak Jawatan: Itu Cerita Nakal - Mustapa

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 7:30 AM

Mustapa Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya terdapat menteri kanan yang meletak jawatan.

Beliau berkata berita nakal itu dilakukan oleh orang nakal yang sengaja menimbulkan cerita bukan-bukan apabila dekatnya sesuatu pilihan raya.

"Kita jangka lagi dekat dengan pilihan raya, lagi banyaklah (cerita nakal), akan bertambah orang nakal seperti ini. Kita harap rakyat Malaysia tidak terpesong dengan berita sebegini yang disebarkan melalui media sosial," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan petugas banjir negeri Kelantan di sini malam Jumaat.

Mustapa ditanya mengenai persoalan yang ditimbulkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui Twitternya kononnya seorang menteri kanan telah meletak jawatan.

Beliau berkata semua menteri akan terus menjalankan tugas sebaik mungkin untuk rakyat sebagaimana yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Yang penting kita nak sampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat, kita nak berdamping dengan rakyat untuk selesaikan isu-isu akar umbi dan hal yang menjadi rungutan rakyat," katanya.

Beliau berkata berita nakal seumpama itu tidak akan memudaratkan semangat kerajaan untuk terus berjuang untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berpuas hati dengan tugas menyelamat dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu yang dilakukan pelbagai pihak termasuk oleh jabatan dan agensi kerajaan. - BERNAMA


iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan