Laporan Kelibat Buaya Dilihat Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 8:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda laporan kelibat buaya dilihat oleh orang ramai diterima pada tahun lalu berbanding 2015.

Statistik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) menunjukkan terdapat kira-kira 33 laporan mengenai kelibat buaya dilihat pada tahun lalu manakala 2015 sebanyak 12 laporan diterima dan sembilan kes pada 2014.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, haiwan reptilia itu melakukan kemunculan di tengah-tengah bandar seperti Klang, Kota Kinabalu dan di sebuah pasar di Pulau Pinang.

Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti Perhilitan, Dr Pazil Abdul Patah berkata peningkatan dalam kemunculan haiwan itu mungkin disebabkan faktor cuaca dan gangguan habitat.

"Fenomena air pasang besar di beberapa kawasan telah membawa air laut ke kawasan berhampiran.

"Beberapa sungai yang melimpah turut membawa haiwan tersebut berhijrah dari satu sungai ke sungai yang lain," katanya.

Fenomena air pasang besar dijangka berterusan tahun ini.

"Gangguan habitat semula jadi mereka dan kehilangan tebing sungai yang semakin meningkat turut menyebabkan buaya cuba mencari kawasan baharu untuk berjemur di bawah matahari," katanya.

Pakar buaya, Dr Luke Evan berkata haiwan reptilia ini menimbulkan sedikit risiko kepada manusia kecuali jika mereka berada di dalam air atau berada dekat dengan air.

Penyelidik pasca kedoktoran di Institut Carnegie Sains dan berpangkalan di Sabah itu berkata: "Buaya adalah pemburu serangan hendap dan dikenali untuk mengkaji corak tingkah laku spesies pemangsanya.

"Pada hari tertentu, mana-mana individu yang pergi ke tebing sungai tidak mungkin diserang," katanya.

Namun, katanya orang ramai masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila mereka dekat dengan sungai yang diketahui menjadi habitat haiwan tersebut.


 
Tags / Kata Kunci: buaya , Perhilitan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan