Dego Ride Tetap Teruskan Perkhidmatan Teksi Motosikal Walaupun Dihalang

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dego Ride akan terus menawarkan perkhidmatan teksi motosikal di sekitar Lembah Klang walaupun terdapat arahan pihak berkuasa supaya tindakan diambil ke atas mereka.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, ini kerana tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka daripada menawarkan perkhidmatan tersebut.

Pada 24 Januari lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dalam satu sidang akhbar menyifatkan teksi motosikal sebagai satu perkhidmatan tanpa lesen dan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan.

Bagaimanapun Nabil ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat menegaskan pihak mereka membuat keputusan tidak akan menghentikan perkhidmatan kerana ketika ini, tiada aspek perundangan khusus diperuntukkan kerajaan bagi perkhidmatan teksi motosikal.

“Dego Ride mempunyai kira-kira 5,500 pemandu motosikal yang berkhidmat dengan kami dan setakat akhir Januari, lebih 15,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan kami.

“Ini menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan kami. Dengan caj yang murah dan tekanan kesesakan lalu lintas, Dego Ride menjadi pilihan para pengguna,” kata Nabil.

Perkhidmatan Dego Ride yang bermula November tahun lalu boleh ditempah menerusi aplikasi WhatsApp, dengan kadar tambang dari RM2.50 untuk 3 kilometer (km) pertama, dan caj 60 sen dikenakan bagi setiap km seterusnya.

Penunggang motosikal Dego Ride sedang mengambil penumpang.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang turut dihubungi mStar Online berkata, satu kajian perlu dilakukan bagi membolehkan motosikal disenaraikan sebagai pengangkutan awam untuk tujuan komersial bagi membawa penumpang.

Menurut Syed Hamid, memang benar pada masa ini masih belum ada skim teksi atau kenderaan awam mengambil penumpang di negara ini menggunakan motosikal, tetapi berpandangan, untuk jangka masa panjang ia tidak dapat dielak kerana telah menjadi fenomena baharu dunia.

Namun, beliau berkata, ‘teksi motosikal’ tidak dimasukkan dalam rang undang-undang yang sedang dirangka untuk mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan GrabCar kerana ia hanya melibatkan kenderaan jenis kereta sahaja.

Rang undang-undang itu bakal dibentangkan di Parlimen Mac ini.

“Berhubung teksi motosikal ini, banyak butiran masih perlu diteliti seperti insurans dan keselamatan. Oleh itu, saya berpendapat, satu kajian perlu dilakukan bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan perkara ini,” katanya.

Pada Rabu, Nabil telah mengadakan perbincangan dengan SPAD berhubung isu perkhidmatan teksi motosikal itu.

Sementara itu, Nabil menambah, apa yang mereka lakukan kini lebih merupakan perkhidmatan ‘perkongsian pengangkutan’ menggunakan motosikal.

Dego Ride turut menawarkan perkhidmatan pemandu motosikal wanita.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan